Monday, November 21, 2011

Johan dan Fazura


Alkisah terdapat seorang pemuda tanggung berusia belasan tahun, bernama JOHAN.. Johan sangat menyukai seorang gadis bernama Fazura, yang merupakan anak dari seorang imam ternama dikampungnya. Imam yang biasa dipanggil PAK HAJI itu mengajar agama di musallanya kepada masyarakat sekeliling.

Johan yang sangat menyukai Fazura, akhirnya memutuskan untuk mengikuti pengajian yang dipimpin oleh Pak Haji itu, karana Fazura sangat aktif di situ. Semakin lama Johan semakin rajin dan cepat menangkap apa yang diajari oleh Pak Haji, akhirnya Johan yang buta kayu itu mula pandai mengaji.


Suatu hari, Johan tidak tahan untuk menunjukkan rasa cintanya kepada Fazura. Ingin sekali dia mencium kedua-dua pipi Fazura yang gebu itu. (nampak sangat pergi mengaji tak ikhlas..huuu) tapi dia tau, Fazura tidak akan mahu menerima cintanya, karena Fazura adalah seorang gadis yang SANGAT PATUH dan TAAT pada orang tuanya..

Setelah berfikir lama, akhirnya Johan memutuskan satu cara..

Ketika itu Pak Haji sedang menunaikan solat sunat di Musalla berhampiran dengan rumahnya. Semua murid sudah pulang, tinggallah Johan seorang. Ketika Pak Haji sedang berzikir, Johan menyembunyikan selipar Pak Haji di bawah pokok ditepi musalla. Ketika Pak Haji hendak pulang, beliau tercari-cari seliparnya. Ketika dilihatnya si Johan , Pak Haji bertanya :

Pak Haji : "Johan, kau ada lihat selipar aku?"
Johan : "Selipar yang mana Pak Aji?"
Pak Haji : "Selipar yang biasa aku pakai.. yang kulit.."
Johan : "Oh, yang itu, perasaannnn.. tadi dah diambil si Fazura."
Pak Haji : "Aik, kenapa dia bawa pulang? Pergi tolong ambil Johan. Kalau tak macam mana nak balik ni"
Johan : "OK, Pak Aji, tunggu sekejap ya"

Bersegeralah Johan ke rumah Pak Haji yang hanya di sebelah Musalla itu saja. Sampai di depan rumah, Johan mengetuk pintu rumah Pak Haji, dan ternyata Fazura yang membuka pintu rumahnya.

Johan : "Assalamu'alaikum, ra"
Fazura : "Wa'alaikumussalam. Ada apa bang?"
Johan : "Begini Ra, Pak Aji SURUH KAMU CIUM SAYA"
Fazura : "Hah?? Apa maksud abang Johan ni? Takkanlah ayah cakap macam tu?"
Johan : "Betul ra. Takkan abang nak bohong. Baiklah abang tanya balik Pak Aji
Johan : (teriak ke arah Musolla) : "Pak Ajiii,, Fazura tak nak bagi"
Pak Haji : (teriak juga) : "Fazura, bagi dekat Johan tu"

Fazura yang panik tidak percaya dan agak bengong sebentar, tapi karena dia anak yang sangat patuh pada orang tua, akhirnya mencium pipi kiri Johan. Johan yang nakal belum berpuas hati
Johan : "Ra, yang kanan belom"
Fazura : "Apalagi ni Abang Johan !!!"
Udin : (teriak lagi ke Pak Haji) : "Pak Ajiiii,,,Fazura bagi sebelah saja"
Pak Haji : (teriak lagi juga ke rumah) : "Bagi dua-duala Fazura oiiii

Fazura menyerah dan dia pun mencium pipi kanan Johan.. Dengan hati riang karana usahanya berhasil, setelah berterima kasih kepada Fazura, Johan pun mengambil selipar kulit Pak Haji yang tadinya disembunyikan di bawah pokok ditepi musalla, kemudian memberikannya kepada Pak Haji yang sudah menunggu di tangga Musalla.

Johan : (sambil menghulurkan sandal kulit), "Ini Pak Aji, sandalnya.
Pak Haji : (sambil mengusap-usap kepala Johan) : "Ya, terima kasih ya Johan."

Keesokan harinya, PIPI Johan pula kemerahan akibat ditampar Pak Aji.hahaha


Tapi ini kisah 10 tahun dulu, ketika johan masih remaja. Kini dia telah dewasa dan insaf dan telahpun berkahwin dengan Fazura dan meneruskan pengajaran agama seperti yang Pak aji jalankan.

1 comment:

Syakir Rahman said...

hahahaha...boleh plak wat mcm tuh....
mmg sah2 la kne penampar....