Monday, October 31, 2011

Sambungan lagi

Ramli hanya memerhatikan sahabatnya itu menuju ke bilik air. Dicapainya telefon nokia 1202 yang dibelinya dengan harga RM99 ringgit. Dah lama rasanya dia ingin menukar kepada handphone yang lagi canggih, namun niatnya itu seringkali terpaksa dibatalkan. Kadang-kadang iri hati juga melihat Nasrul dengan I-phone yang baru dibeli sahabatnya itu. Seringkali dia diketawakan Nasrul bila membicarakan tentang telefon bimbit.

Bagi Ramli, biarlah dia dengan handphone lamanya. Tak perlu dia charge telefon setiap hari. Walaupun seminggu bateri telefonnya masih lagi dapat bertahan. lagipun, baginya selagi boleh digunakan untuk telefon dan mesej, cukuplah.

Dicari-cari nombor telefon orang yang paling dicintainya..Akhirnya dia terjumpa MY LOVE..segeranya didail

Assalamualikum mak"Ramli memberi salam hormat.
Waalaikumussalam Li, Li sihat kerr"Ibunya membalas
Li sihat, Mak sihat?" Ramli bertanya lagi
Alhamdulillah Li..mak sihat. Cuma ayah kau tu la batuk-batuk sket.maklumla sekarang ni kan musim banjir. Mak dah pesan tak payahla pegi menjaring ikan tu, tapi degil.nak jugak pergi. Katannya nak buat pekasam untuk kau bile balik raya nanti" Mak Jah berceloteh panjang

Rindu benar dia pada anak sulungnya itu. Sudah lama Ramli tidak menelefon rumah, sesekali dia menelefon, Mak jah pasti banyak cerita yang ingin diceritakan.
"Li, adik kau si Zahar terpaksa naik bot Li ambik UPSR tahun ni."
La yeke mak??teruk sangat ker banjirnya?" Ramli bertanya inginkan kepastian

Teruk LI. Paling besar dalam sejarah. Mak sekarang ni pun dot berteduh umah Mak muda kau ni. Rumah kita tinggal bumbung jer li. Kalau hujan sehari dua lagi, nampaknya tenggelam terus la LI. Habesla semua tilam yang ayak kau gantung dekat syiling."cerita Mak jah lagi.

Sabarla mak..nak buat macam mana dugaan Allah. Nanti Li kaya kita beli tanah lot lain. Kita buat rumah kawasan tak banjir plak" Ramli berseloroh

Cari untuk diri kau sendiri dulu LI. Mak ni dah tak apa, dah tua dah. Cuma mak tak nak la anak mak lagi susah pada mak sekarang. sekurang-kurangnya lebih dari mak. Sekarang ni pun mak dah bersyukur. Banjir tiap2 tahun pun takpe, kita masih lagi ada rumah ditanah sendiri" mak jah menyambung

Yeala mak..kredit Li dah nak abes ni, Li topun rm 5 jer ni. dah bunyi amaran dah ni..takpela.nanti Li telefon lagi. Jaga diri elok2. pesan kat Ayah dan adik-adik Li kirim salam" Sambung Ramli menamatkan talian

Yeala Li..jaga diri kau tu elok2...assalamualaikum"mak jah sempat berpesan
Waalaikumussalam......

Sambungan episod 2

Nasrul segera mengambil nasi kerabu adik Ani kesayangannya. Gelojoh sekali dia membuka bungkusan nasi tersebut.

"Perghh...sedap giler.."sengaja dikuatkan suaranya supaya dapat didengar Ramli yang masih berada di bilik air.
Nasrul bukan seorang yang mudah untuk jatuh cinta. Payah sekali dia meminati seseorang biarpun secantik mana sekalipun gadis tersebut. Biarpun berlambak gadis-gadis kilang, namun tiada seorangpun yang mampu menawan hatinya.Sebab itulah, setelah dia terpandangkan Ani dan jatuh cinta pada gadis penjual nasi kerabu itu, dia berjanji pada diri sendiri yang dia takkan melepaskan Ani pada orang lain lagi.

Memiliki tubuh yang sasa dan berwajah hero melayu, tidak hairanlah Nasrul sentiasa menjadi tumpuan ramai gadis-gadis kilang. Kulitnya yang hitam manis dengan misai yang janggut yang sentiasa dicukur rapi, menambahkan lagi ketampanan yang dimiliki. Bak kata pepatah, sekali petik, pasti sepuluh yang datang.

Jika dibandingkan dengan Ramli, bezanya seperti langit dan bumi. Ramli bertubuh gempal dan pendek. Tiada sehelai janggut dan misai yang tumbuh diwajahnya menjadikannya kelihatan seperti baby face. Namun, Allah swt mencipta manusia adil dan saksama. Padan dengan wajahnya, Ramli sentiasa dengan gelak tawanya yang tak pernah kunjung padam.Sikapnya yang sentiasa bersahaja dan berjenaka, menjadikan dia sentiasa disenangi sesiapa sahaja mahupun dikilang dan dirumah sewa.

La..tak abes lagi makan nasi?"Ramli menegur slumber setelah keluar dari bilik air

Biasala Li.Kenala ikut sunnah nabi.Kunyah 50 kali dulu baru telan. Lagipun, rugi tau makan cepat2 nasi Adik Ani ni.Aku nak menikmati setiap butir rasanya"Nasrul membalas panjang lebar

Ikut sunah pun sunah jugak Nas.tu sunat jerr. Maghrib kau dah sembahyang?"Ramli memerli setelah melihatkan sahabatnya itu dari petang tadi lagi hanya memakai boxer yang sama sahaja di rumah.

Yeala. yeala..aku dot tunggu hang selesai mandi la ni.."

Sunday, October 30, 2011

Episod 2

Hujan masih lagi lebat. Nasrul keresahan menanti kemunculan sahabatnya Ramli. Bukan kerana risau apa-apa terjadi pada Ramli, cuma perutnya sudah mula memulas meminta makanan.

Dari petang tadi lagi Ramli keluar untuk membeli topup dan makan malam, namun sampai lepas maghrib, belum lagi bayang-bayang Ramli muncul.3 orang lagi teman serumahnya memang tidak akan pulang malam itu kerana bekerja shift malam. Hanya dia dan Ramli sahaja bekerja satu shift. Bosan menunggu, Nasrul menekan remote televisyen 21 inci kepunyaan Ramli. Tv itu dibeli dengan gaji bulan pertama Ramli bekerja., manakala, Nasrul pula membeli mesin basuh. Nak beli sekaligus tidak mampu, terpaksala berkongsi. sekurang-kurangnya mereka dapat menggunakan kemudahan asas masing-masing.

"Layan doremon pun doremonla" bisik Nasrul
"Assalamualaikum" kedengaran suara Ramli dari luar rumah.

"Waalaikumussalam..Ha balik pun kau li, perut aku ni dah lapar giler dah ni"Nasrul merungut

"Hujan lebat gile Nas. Aku singgah bawah jambatan tadi. Memang tak nampak langsung jalan. Kalau aku teruskan, entah-entah arwah dah aku Nas"Ramli berseloroh

"Hish, tak baik Li cakap macam tu.Kata-kata tu doa tau" Nasrul cuba berceramah
Aku gurau jerla.Kau ni asyik serius jerla..cite apa ko tengok ni?Doremon?"Ramli cuba mengalih topik perbualan.

Dah takde citer lain dah nk tengok Li.Layan ajerla. Tula, aku suruh hang pasang astro hang tak nak"Nasrul membalas

Ala, Astro time hujan macam ni, bukan boleh tengok pun, lagipun asyik dot ulang citer sama jer Nas" Nas cuba mempertahankan tindakannya supaya Nasrul tidak melanggan astro bulan lepas. Baginya, Astro hanya satu kehendak bukan keperluan untuk mereka sekarang.Lainlah kalau diorang dah berjaya fikirnya..

Nas, aku dah beli Nasi kerabu adik ani yang kau kirim tu..Dia pun kirim salam balik dekat hang. Dia kata lagi, tahun depan, hang dah tak boleh makan nasi kerabu dia lagi" Ramli berceloteh

Apasal plak Li, kau tak tanya ker kenapa?"Nasrul cemas
Dah, dia bagi tau aku yang dia tak mau berniaga dah lepas tahun depan sebab dia nak kahwin dengan aku.."Ramli mengakhiri cerita rekaannya dengan hilaian ketawa.
Kau ni jangan kacau daun taw..adik ani tu aku yang punya" Nasrul menambah dengan yakin
Heloooo...cari duit dulu.jangan asyik yakin jer.xde duit macam mana kau nak pinang si ani tu?? Kau jangan risau la nas.Adik ani tu bukan taste akula.." balas ramli sambil mencapai tuala dan bersegera ke bilik air..Entah benar atau tidak hanya Ramli sahaja yang tahu. Memang dia juga mempunyai perasaan terhadap aNI.Gadis penjual Nasi yang baginya cukup manis menawan. Setiap kali dia singgah membeli nasi, senyuman Ani tak pernah lekang dari bibir. Ingin diluahkan segalanya, namun terpaksa dipendam.Apatah lagi, Ani memang idaman hati sahabst karibnya. Tak sanggup rasanya melukakan hati kawannya yang seorang itu....

Saturday, October 29, 2011

Novel Ntah apa2 ntah....episod satu

Hujan lebat giler. Dah seminggu hujan lebat begini. Nasrul hanya memandang malas dari tingkat 4 flat bujang yang disewanya bersama rakan-rakan yang lain. Matanya tertumpu kepada motor kriss yang baru sahaja dibelinya bulan lepas secara ansuran dari kedai motor Hong Lee di Seksyen 18.Basah lencun habis motor kesayangannya. Maklumla, sekadar menyewa di rumah flat yang tidak menyediakan kemudahan parking berbumbung, motor barunya itu terpaksa dibiarkan tanpa berteduh meskipun panas ataupun hujan.

Dahla tu..motor aku pun baru beli gak, takdela aku nak risau macam kau ni" sindir Ramli yang dari tadi memerhatikan Nasrul.

Aku bukan fikir pasal motor la" balas Nasrul sambil memandang kearah Ramli

Abes, dari sejam lepas, aku dot tengok hang asyik dot pandang motor jer. Kalau susah sangat, nanti kita angkut motor hang tu naik tingkat 4"balas Ramli lagi diselang seli dengan hilaian ketawa.

Ramli kawan karib Nasrul. Pertama kali Nasrul menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur bersama Ramli.Mereka berasal dari kampung yang sama di pantai timur. Selesai sahaja tamat SPM, Ramli mengajak Nasrul untuk mencuba nasib di ibukota.Entah kenapa, kerana banyak bergaul dengan rakan sekerja dari utara, dialeknya juga ditiru Ramli.
Aku bukannya apa Li, aku dot pk apala yang akan jadi dengan nasib kita ni.Setakat jadi operator kilang ni, apala sangat. Nak hantar duit balik kampung pun tak mampu" Nasrul cuba meluahkan apa yang terbuku difikirannya.

Ala.. Jangan difikirkan sangat Nas. Memangla sekarang kita tak mampu. Manaa tau, setahun dua lagi..Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita ni...manala tahu..hang cubala pergi ujibakat akedemi fantasia ker..kut-kut dapat jadi artis" balas ramli ketawa lagi..

Kau ni memang..aku nak serius sket pun tak boleh. Ni dah 4 hari hujan ni.Entah-entah dah banjir kut kat kampung kita Nas. Kau takde telefon mak kau kat kampung ker Nas?" Ramli meminta kepastian.Ramli masih teringat, tiap-tiap kali banjir, tiap-tiap tulah mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah Mak Muda yang terletak diatas bukit bersebelahan. Dia dan ayah terpaksa mengangkut peti ais dan tv ke rumah mak muda buat sementara waktu. Hari-hari pertama banjir memang memenatkan. tapi selain dari itu banyak juga pengalaman yang menyeronokkan seperti bermain air banjir, memasang pukat dan mendapat banyak ikan dan minum air kopi sambil memerhatikan rumahnya yang semakin tenggelam...

Takkk..tapi aku tengok TV semalam, kelantan dan terengganu dah mula banjir. Rumah aku tak pernah sampi air.Rumah kau la Li..Entah2 dah mula tenggelam Li" Nasrul cuba bergurau

Mendengar usikan temannya, Ramli terusik.
Nas aku nak keluar jap beli topup. Kredit dah abesla. Kau nak kirimkan apa2 ker? tanya Ramli

Ha elokla tu, hujan2 ni pun nak keluar. Kalau demam sape susah????aku jugak yang susah jaga kau nanti.."Nasrul mengomel

Tapi ok gak, aku nak tapau nasi kerabu Adik Ani yea. Bagi taw dia aku kem salam sekali.Abang tak boleh keluar rumah hujan2 ni.." sempat Nasrul menambah
Yeala-yaela..tupun kalu dia berniaga petang ni..ni kan hujan...."Balas ramli sambil mula beransur2 hilang menuruni flat.

Bersambung........

Friday, October 28, 2011

bersyukurlah....


Pernah ker kita sampai sesusah spt dalam gambar ini?????syukurlah dan berterima kasihlah pada Allah....

Baca byk kali br insap sket:baju sekolah

BERKONGSI BAJU SEKOLAH ….

Kisahnya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.


“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”


Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”


” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”


Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:
 Solat sunat
 Puasa sunat
 Berzikir
 Bersedekah
 Mengusap rambut anak yatim
 Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
 Membantu orang susah

Nenek ohh nenek

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,


“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.


Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”

zaman sekarang

Seorang lelaki membawa kekasihnya pergi berjalan-jalan jauh dari bandar dan tiba-tiba lelaki itu memberhentikan kereta nya disuatu tempat yang sunyi...


Lelaki itu memandang kekasihnya dengan pandangan yang mengoda...Tiba-tiba kekasihnya bersuara. Sayang, sebenarnya I sepatutnya bagitau u awal2..I sebenarnya pelacur..so kalau u nak...u kene bayar..sekali RM50..


Lelaki itu merenung kekasih nya yang seksi itu..lalu tanpa bicara menghulurkan RM50 kepada kekasihnya itu..Lalu mereka pun melakukannya...


Setelah selesai...Lelaki tersebut hanya menghisap rokok dan merenung ke luar tingkap kereta..Setelah beberapa ketika..Kekasihnya bersuara Sayang...takkan kita nak lepak sini je..jom la kita balik ke bandar....Lalu lelaki itu pun menjawab..Sebenarnya dah lama I nak gtau u awal2 yang I ni driver teksi...kalau u nak balik..u kena bayar i RM60...

Sunday, October 09, 2011

Mat rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.


Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.


Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.


Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Saturday, October 08, 2011

Cerita Bas

Pengalaman Pertama:


Pada suatu hari pernah aku melihat seorang perempuan susah sungguh nak naik tangga bas, pasal skirt dia ketat sangat, aku beratur kat belakang dia.

Sekali dia cuba angkat kaki nak pijak tangga pertama bas, bila tak boleh dia akan longgarkan zip skirtnye yang terletak kat belakang. Sekali lagi cuba tak boleh, dia bukak lagi sedikit zip skirt kat belakang, bila aku dah tengok tiga empat kali dia gagal nak pijak tangga pertama bas tu, masih tak boleh kerana skirt dia ketat sangat, aku pun cuba tolong angkat dia terus ketangga pertama.

Tapi malang dia pusing kebelakang dan terus lempang aku, dia kata aku gatal kerana pegang pinggangnye. Dia tanya kenapa berani pengang pinggang dia dan angkat dia, sedangkan dia tak kenal aku.

Aku pun jawab "Mula2 saya pun rase tak kenal, tapi cik ni dah tiga kali bukak zip seluar saya, dah nak terkeluar awang kat dalam tuh" Cepat2 dia mintak maaf kat aku.


Pengalaman Kedua


Seorang pakcik tengak duduk dalam bas, waktu tu dalam bas dah penuh sesak, ramai yang tak dapat duduk, sampai satu tempat ada sorang amoi naik bas, pakai sikit punya seksi, dan dia pulak

diri sebelah pakcik tu, aku tengok pakcik tu tak selesa, tak tau pasal apa, lepas tu aku dengar dia berzikir, kuat gek, sampai

aku pun boleh dengar, "Aztagafirullah" banyak kali dan cuba elakkan tengok si amoi yang seksi dan menggiurkan tu, ape taknye, skirt dia aje punye pendek dah nak nampak seluar dalam, pening pakcik tu, Tiba2 bas membelok, dan amoi tu secara tak sengaja terjatuh kat riba pakcik tu.....pakcik tu tengah baca "Aztagafirullah" kuat2 dan
laju2, tapi bila amoi tu terjatuh, terus cakap "Alhamdullihlah" ....tak gune punya pakcik.....


Pengalaman Ketiga


Aku pernah tengok sorang tua, masa nak turun bas dia berdiri aje kat tangga bas, tak turun2, bila dah lama sangat, driver tu tanya napa pakcik tak turun lagi, kami nak jalan nih. Pakcik tu jawap

"masa naik tadi pakcik tinggalkan selipar kat luar, tapi dah tak der sekarang, ramai betul pencuri selipar sekarang..

hahahahahahahahahaha....sekadar lawak....

Tuesday, October 04, 2011

Awie yang insaf



Awie seorang penyangak terkenal di Kuala Lumpur.Pada suatu hari, dia mengambil keputusan untuk bersara dan ingin bertaubat. Awie pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.


Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Awie. Awie tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Awie menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu .Sampai RM200 pakcik tu sedekah"fikir Awie di dalam hati.

Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Awie kembali menepuk bahunya dan Awie mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik,duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


hahahaha...moral of the story: Kira sedekah jerla awie..kan dah insaff..