Hujan masih lagi lebat. Nasrul keresahan menanti kemunculan sahabatnya Ramli. Bukan kerana risau apa-apa terjadi pada Ramli, cuma perutnya sudah mula memulas meminta makanan.
Dari petang tadi lagi Ramli keluar untuk membeli topup dan makan malam, namun sampai lepas maghrib, belum lagi bayang-bayang Ramli muncul.3 orang lagi teman serumahnya memang tidak akan pulang malam itu kerana bekerja shift malam. Hanya dia dan Ramli sahaja bekerja satu shift. Bosan menunggu, Nasrul menekan remote televisyen 21 inci kepunyaan Ramli. Tv itu dibeli dengan gaji bulan pertama Ramli bekerja., manakala, Nasrul pula membeli mesin basuh. Nak beli sekaligus tidak mampu, terpaksala berkongsi. sekurang-kurangnya mereka dapat menggunakan kemudahan asas masing-masing.
"Layan doremon pun doremonla" bisik Nasrul
"Assalamualaikum" kedengaran suara Ramli dari luar rumah.
"Waalaikumussalam..Ha balik pun kau li, perut aku ni dah lapar giler dah ni"Nasrul merungut
"Hujan lebat gile Nas. Aku singgah bawah jambatan tadi. Memang tak nampak langsung jalan. Kalau aku teruskan, entah-entah arwah dah aku Nas"Ramli berseloroh
"Hish, tak baik Li cakap macam tu.Kata-kata tu doa tau" Nasrul cuba berceramah
Aku gurau jerla.Kau ni asyik serius jerla..cite apa ko tengok ni?Doremon?"Ramli cuba mengalih topik perbualan.
Dah takde citer lain dah nk tengok Li.Layan ajerla. Tula, aku suruh hang pasang astro hang tak nak"Nasrul membalas
Ala, Astro time hujan macam ni, bukan boleh tengok pun, lagipun asyik dot ulang citer sama jer Nas" Nas cuba mempertahankan tindakannya supaya Nasrul tidak melanggan astro bulan lepas. Baginya, Astro hanya satu kehendak bukan keperluan untuk mereka sekarang.Lainlah kalau diorang dah berjaya fikirnya..
Nas, aku dah beli Nasi kerabu adik ani yang kau kirim tu..Dia pun kirim salam balik dekat hang. Dia kata lagi, tahun depan, hang dah tak boleh makan nasi kerabu dia lagi" Ramli berceloteh
Apasal plak Li, kau tak tanya ker kenapa?"Nasrul cemas
Dah, dia bagi tau aku yang dia tak mau berniaga dah lepas tahun depan sebab dia nak kahwin dengan aku.."Ramli mengakhiri cerita rekaannya dengan hilaian ketawa.
Kau ni jangan kacau daun taw..adik ani tu aku yang punya" Nasrul menambah dengan yakin
Heloooo...cari duit dulu.jangan asyik yakin jer.xde duit macam mana kau nak pinang si ani tu?? Kau jangan risau la nas.Adik ani tu bukan taste akula.." balas ramli sambil mencapai tuala dan bersegera ke bilik air..Entah benar atau tidak hanya Ramli sahaja yang tahu. Memang dia juga mempunyai perasaan terhadap aNI.Gadis penjual Nasi yang baginya cukup manis menawan. Setiap kali dia singgah membeli nasi, senyuman Ani tak pernah lekang dari bibir. Ingin diluahkan segalanya, namun terpaksa dipendam.Apatah lagi, Ani memang idaman hati sahabst karibnya. Tak sanggup rasanya melukakan hati kawannya yang seorang itu....
No comments:
Post a Comment