Saturday, October 29, 2011

Novel Ntah apa2 ntah....episod satu

Hujan lebat giler. Dah seminggu hujan lebat begini. Nasrul hanya memandang malas dari tingkat 4 flat bujang yang disewanya bersama rakan-rakan yang lain. Matanya tertumpu kepada motor kriss yang baru sahaja dibelinya bulan lepas secara ansuran dari kedai motor Hong Lee di Seksyen 18.Basah lencun habis motor kesayangannya. Maklumla, sekadar menyewa di rumah flat yang tidak menyediakan kemudahan parking berbumbung, motor barunya itu terpaksa dibiarkan tanpa berteduh meskipun panas ataupun hujan.

Dahla tu..motor aku pun baru beli gak, takdela aku nak risau macam kau ni" sindir Ramli yang dari tadi memerhatikan Nasrul.

Aku bukan fikir pasal motor la" balas Nasrul sambil memandang kearah Ramli

Abes, dari sejam lepas, aku dot tengok hang asyik dot pandang motor jer. Kalau susah sangat, nanti kita angkut motor hang tu naik tingkat 4"balas Ramli lagi diselang seli dengan hilaian ketawa.

Ramli kawan karib Nasrul. Pertama kali Nasrul menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur bersama Ramli.Mereka berasal dari kampung yang sama di pantai timur. Selesai sahaja tamat SPM, Ramli mengajak Nasrul untuk mencuba nasib di ibukota.Entah kenapa, kerana banyak bergaul dengan rakan sekerja dari utara, dialeknya juga ditiru Ramli.
Aku bukannya apa Li, aku dot pk apala yang akan jadi dengan nasib kita ni.Setakat jadi operator kilang ni, apala sangat. Nak hantar duit balik kampung pun tak mampu" Nasrul cuba meluahkan apa yang terbuku difikirannya.

Ala.. Jangan difikirkan sangat Nas. Memangla sekarang kita tak mampu. Manaa tau, setahun dua lagi..Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita ni...manala tahu..hang cubala pergi ujibakat akedemi fantasia ker..kut-kut dapat jadi artis" balas ramli ketawa lagi..

Kau ni memang..aku nak serius sket pun tak boleh. Ni dah 4 hari hujan ni.Entah-entah dah banjir kut kat kampung kita Nas. Kau takde telefon mak kau kat kampung ker Nas?" Ramli meminta kepastian.Ramli masih teringat, tiap-tiap kali banjir, tiap-tiap tulah mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah Mak Muda yang terletak diatas bukit bersebelahan. Dia dan ayah terpaksa mengangkut peti ais dan tv ke rumah mak muda buat sementara waktu. Hari-hari pertama banjir memang memenatkan. tapi selain dari itu banyak juga pengalaman yang menyeronokkan seperti bermain air banjir, memasang pukat dan mendapat banyak ikan dan minum air kopi sambil memerhatikan rumahnya yang semakin tenggelam...

Takkk..tapi aku tengok TV semalam, kelantan dan terengganu dah mula banjir. Rumah aku tak pernah sampi air.Rumah kau la Li..Entah2 dah mula tenggelam Li" Nasrul cuba bergurau

Mendengar usikan temannya, Ramli terusik.
Nas aku nak keluar jap beli topup. Kredit dah abesla. Kau nak kirimkan apa2 ker? tanya Ramli

Ha elokla tu, hujan2 ni pun nak keluar. Kalau demam sape susah????aku jugak yang susah jaga kau nanti.."Nasrul mengomel

Tapi ok gak, aku nak tapau nasi kerabu Adik Ani yea. Bagi taw dia aku kem salam sekali.Abang tak boleh keluar rumah hujan2 ni.." sempat Nasrul menambah
Yeala-yaela..tupun kalu dia berniaga petang ni..ni kan hujan...."Balas ramli sambil mula beransur2 hilang menuruni flat.

Bersambung........

No comments: