Nasrul segera mengambil nasi kerabu adik Ani kesayangannya. Gelojoh sekali dia membuka bungkusan nasi tersebut.
"Perghh...sedap giler.."sengaja dikuatkan suaranya supaya dapat didengar Ramli yang masih berada di bilik air.
Nasrul bukan seorang yang mudah untuk jatuh cinta. Payah sekali dia meminati seseorang biarpun secantik mana sekalipun gadis tersebut. Biarpun berlambak gadis-gadis kilang, namun tiada seorangpun yang mampu menawan hatinya.Sebab itulah, setelah dia terpandangkan Ani dan jatuh cinta pada gadis penjual nasi kerabu itu, dia berjanji pada diri sendiri yang dia takkan melepaskan Ani pada orang lain lagi.
Memiliki tubuh yang sasa dan berwajah hero melayu, tidak hairanlah Nasrul sentiasa menjadi tumpuan ramai gadis-gadis kilang. Kulitnya yang hitam manis dengan misai yang janggut yang sentiasa dicukur rapi, menambahkan lagi ketampanan yang dimiliki. Bak kata pepatah, sekali petik, pasti sepuluh yang datang.
Jika dibandingkan dengan Ramli, bezanya seperti langit dan bumi. Ramli bertubuh gempal dan pendek. Tiada sehelai janggut dan misai yang tumbuh diwajahnya menjadikannya kelihatan seperti baby face. Namun, Allah swt mencipta manusia adil dan saksama. Padan dengan wajahnya, Ramli sentiasa dengan gelak tawanya yang tak pernah kunjung padam.Sikapnya yang sentiasa bersahaja dan berjenaka, menjadikan dia sentiasa disenangi sesiapa sahaja mahupun dikilang dan dirumah sewa.
La..tak abes lagi makan nasi?"Ramli menegur slumber setelah keluar dari bilik air
Biasala Li.Kenala ikut sunnah nabi.Kunyah 50 kali dulu baru telan. Lagipun, rugi tau makan cepat2 nasi Adik Ani ni.Aku nak menikmati setiap butir rasanya"Nasrul membalas panjang lebar
Ikut sunah pun sunah jugak Nas.tu sunat jerr. Maghrib kau dah sembahyang?"Ramli memerli setelah melihatkan sahabatnya itu dari petang tadi lagi hanya memakai boxer yang sama sahaja di rumah.
Yeala. yeala..aku dot tunggu hang selesai mandi la ni.."
No comments:
Post a Comment