Wednesday, November 23, 2011

Pembahagian paling adil dalam dunia

Sebuah kampung miskin menerima bantuan dari kerajaan sebanyak 17 ekor kambing. Setalah diteliti, maka terpilihlah 3 orang yg paling berhak untuk menerima bantuan kambing itu.


Orang pertama berhak mendapat 1/2 bagian, orang ke-2 mendapat 1/3 bagian, dan orang ke-3 Mendapat 1/9 bagian.

Permasalahan yang muncul adalah ketika ke 3 orang ini ingin mendapatkan kambing dalam keadaan hidup. Pening kepala ketua kampung memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.macam mana untuk membahagikan kambing secara adil sekiranya semua pihak mahu semua kambing itu hidup-hidup.

Di saat suasana semakin hot dan hampir menjadi rusuhan, datanglah si Akop. Sesudah meganalisis dengan keadaannya, Akop menjumpai satu jalan, tapi untuk itu, dia terpaksa meminjam kambing ketua kampung yang paling vough seekor.


Ketua kampung agak keberatan, bimbang takut akirnya kambingnya menjadi mangsa, tapi setelah dijamin 100% oleh Akop akan mengembalikannya, ketua kampung akhirnya bersetuju..

Nah sekarang ada 18 ekor kambing, mari melakukan pembagian:

1/2 dari 18 = 9
1/3 dari 18 = 6
1/9 dari 18 = 2

Nah! 9+6+2 = 17 kan?Adil kan?????

Ketua kampung berasa lega kerana mendapat kambingnya kembali dan seluruh penduduk kampung hidup bahagia selamanya.

Kucing GPS


Budin memang tidak suka kucing. Dia semakin benci apabila isterinya memelihara seekor kucing.Dia merasakan, isterinya lebih memberi perhatian pada kucingnya berbanding dirinya.


Suatu hari Budin memutuskan untuk membuang kucing tersebut secara diam-diam. Ketika isterinya sedang mandi, Budin cepat-cepat membawa kucing itu keluar dengan niat mahu membuang kucing tersebut. Setelah Budin memandu sekitar 10 km dari rumah, dia pun membuang kucing tersebut.
Anehnya ketika dia sampai di rumah, si kucing sudah ada di sana. Budin heran campur berang. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi dia pergi lagimembuang kucing tersebut. Kali ini si kucing dibuangnya lebih jauh lagi. Namun tetap saja, sesampainya di rumah, kucing isterinya tersebut telah berada di rumah.
Budin berusaha membuangnya lebih jauh lagi, lebih jauh lagi, tapi tetap saja si kucing kembali ke rumah mendahului dirinya.



Suatu hari Budin bukan saja membawa si kucing pergi jauh, tapi juga berputar-putar dulu. Budin belok kanan, belok kiri, belok kanan, belok kanan lagi, berputar-putar sebelum akhirnya membuang kucing yang dibawanya.
Beberapa jam kemudian ia menelefon isterinya. “Yang, kucingmu ada di rumah?” tanya Budin.
“Ada, kenapa? Biasanya abang lagi gembira dia tiada” jawab istrinya agak heran.
“Panggil dia yang, aku mau tanya arah pulang. Aku SESAT….!”



P/s Penatla kalau semua kucing di dunia macam ni...

Monday, November 21, 2011

Johan dan Fazura


Alkisah terdapat seorang pemuda tanggung berusia belasan tahun, bernama JOHAN.. Johan sangat menyukai seorang gadis bernama Fazura, yang merupakan anak dari seorang imam ternama dikampungnya. Imam yang biasa dipanggil PAK HAJI itu mengajar agama di musallanya kepada masyarakat sekeliling.

Johan yang sangat menyukai Fazura, akhirnya memutuskan untuk mengikuti pengajian yang dipimpin oleh Pak Haji itu, karana Fazura sangat aktif di situ. Semakin lama Johan semakin rajin dan cepat menangkap apa yang diajari oleh Pak Haji, akhirnya Johan yang buta kayu itu mula pandai mengaji.


Suatu hari, Johan tidak tahan untuk menunjukkan rasa cintanya kepada Fazura. Ingin sekali dia mencium kedua-dua pipi Fazura yang gebu itu. (nampak sangat pergi mengaji tak ikhlas..huuu) tapi dia tau, Fazura tidak akan mahu menerima cintanya, karena Fazura adalah seorang gadis yang SANGAT PATUH dan TAAT pada orang tuanya..

Setelah berfikir lama, akhirnya Johan memutuskan satu cara..

Ketika itu Pak Haji sedang menunaikan solat sunat di Musalla berhampiran dengan rumahnya. Semua murid sudah pulang, tinggallah Johan seorang. Ketika Pak Haji sedang berzikir, Johan menyembunyikan selipar Pak Haji di bawah pokok ditepi musalla. Ketika Pak Haji hendak pulang, beliau tercari-cari seliparnya. Ketika dilihatnya si Johan , Pak Haji bertanya :

Pak Haji : "Johan, kau ada lihat selipar aku?"
Johan : "Selipar yang mana Pak Aji?"
Pak Haji : "Selipar yang biasa aku pakai.. yang kulit.."
Johan : "Oh, yang itu, perasaannnn.. tadi dah diambil si Fazura."
Pak Haji : "Aik, kenapa dia bawa pulang? Pergi tolong ambil Johan. Kalau tak macam mana nak balik ni"
Johan : "OK, Pak Aji, tunggu sekejap ya"

Bersegeralah Johan ke rumah Pak Haji yang hanya di sebelah Musalla itu saja. Sampai di depan rumah, Johan mengetuk pintu rumah Pak Haji, dan ternyata Fazura yang membuka pintu rumahnya.

Johan : "Assalamu'alaikum, ra"
Fazura : "Wa'alaikumussalam. Ada apa bang?"
Johan : "Begini Ra, Pak Aji SURUH KAMU CIUM SAYA"
Fazura : "Hah?? Apa maksud abang Johan ni? Takkanlah ayah cakap macam tu?"
Johan : "Betul ra. Takkan abang nak bohong. Baiklah abang tanya balik Pak Aji
Johan : (teriak ke arah Musolla) : "Pak Ajiii,, Fazura tak nak bagi"
Pak Haji : (teriak juga) : "Fazura, bagi dekat Johan tu"

Fazura yang panik tidak percaya dan agak bengong sebentar, tapi karena dia anak yang sangat patuh pada orang tua, akhirnya mencium pipi kiri Johan. Johan yang nakal belum berpuas hati
Johan : "Ra, yang kanan belom"
Fazura : "Apalagi ni Abang Johan !!!"
Udin : (teriak lagi ke Pak Haji) : "Pak Ajiiii,,,Fazura bagi sebelah saja"
Pak Haji : (teriak lagi juga ke rumah) : "Bagi dua-duala Fazura oiiii

Fazura menyerah dan dia pun mencium pipi kanan Johan.. Dengan hati riang karana usahanya berhasil, setelah berterima kasih kepada Fazura, Johan pun mengambil selipar kulit Pak Haji yang tadinya disembunyikan di bawah pokok ditepi musalla, kemudian memberikannya kepada Pak Haji yang sudah menunggu di tangga Musalla.

Johan : (sambil menghulurkan sandal kulit), "Ini Pak Aji, sandalnya.
Pak Haji : (sambil mengusap-usap kepala Johan) : "Ya, terima kasih ya Johan."

Keesokan harinya, PIPI Johan pula kemerahan akibat ditampar Pak Aji.hahaha


Tapi ini kisah 10 tahun dulu, ketika johan masih remaja. Kini dia telah dewasa dan insaf dan telahpun berkahwin dengan Fazura dan meneruskan pengajaran agama seperti yang Pak aji jalankan.

Lawak zaman dulu:Kaset

Seorang doktor terkejut ketika masuk ke dalam sebuah wad sakit jiwa setelah dia mendengar ada orang bernyanyi dengan lantang. Ternyata suara itu datang dari seorang pesakit rumah sakit jiwa tersebut yang dahulunya selalu menangis dan melolong tak kira masa.

Cuma anehnya, si pesakit terbabit menyanyikannya dengan tidur telentang.
Dengan heran si doktor terus memerhatikan pesakit tersebut. Dia mula berfikir, kemungkinan pesakit itu telah sembuh dan boleh keluar dari hospital

tiba-tiba pesakit itu kemudian meniarap dan menyanyikan lagu lain.
Dengan penuh tanda tanya, doktor menghampiri si pasien dan bertanya,

"Hai, mengapa kamu tadi menyanyi dengan tidur telentang dan sekarang meniarap pulak?"
Dengan slumber si pesakit itu menjawab, "Ya Doktor, karena tadi kaset side A, sekarang side B pulak."

Doktor di dalam hati:(nampaknya lama lagi la dia ni kat sini...hahaha

ada lagi tak org guna ni?????????

Saturday, November 19, 2011

5 cara nak kaya cepat........

Cilok dari: http://deanzemardzz.blogspot.com
Sesungguhnya segala yang en dean bg taw adalah benar2 belaka...jom baca

5 cara nak kaya cepat...tengok,jangan tak tengok.
ada banyak cara nak kaya or berjaya cepat...cara lambat pon ada gak tapi tak brape syok...ni aku nak share 5 cara nak berjaya n kaya cepat..

1.kita adalah orang yang bernasib baik...kita lahir dalam keluarga yang sedia kaya.kua je perut dah kaya.ada aset warisan company 10juta.tanah beribu ekar..memang lucky.. tapi bukan semua antara kita yang bernasib baik sedahsyat ini..kebanyakan kita hanyalah orang yang biasa2


2. bakat, kita mempunyai bakat yang hebat seperti MICHEAL JACKSON skali konsert bejuta dapat.kita ada bakat dalam lukisan...satu lukisan harga nak juta juta..masalahnya...kita bukanlah terdiri dari orang2 yang terlalu berbakat..nyanyi setakat dalam bilik air jerr..hampeh


3.kita kawen ngan putera or puteri raja tak pon orang2 kaya lah...fuh 1 dalam seribu.kalau kita ni hensem ala2 tom cruise takpe...kalau la ada bibir chantek macham angelina jolie ke..boleh la kann..
TAPI kalau tahap kehenseman or kechantekan kita ala2 kadar je..tak yah mimpi la wehh.. simpan je..haha




4.cara ni lagi senang hanya bermodalkan RM2 boleh dapat duit juta2...sape taknak.modal kecik bro..tau ape dia? RM2 g la TOTO, MAGNUM ke apape la...tikam no ekor..untung2 kena..jadi jutawan.kalau tak up sket,belilah alicafe..saya pon nak jadi jutawan..haha


5.dan cara yang kelima ini kita perlukan gerak hati untuk berubah dari 1 taraf hidup ke 1 taraf hidup yang selesa.carilah satu platform untuk gunakan segala ability yang ALLAH SWT anugerahkan untuk terus berjaya.

Kembar 7


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.


Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.


Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.


Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Mak dan anak yang sengal..hahaha

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :



Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Thursday, November 10, 2011

Ayam oh Ayam....



Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak jauh nun di Sumatera Indonesia.Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu denganya.


Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua terasa terpinggir. Lalu bibit2 cemburu dan hasad dengki mula menguasai dirinya. mulalah dia mengatur srategi:


Si ayam jalak tua : Eh, kamu ni janganla diikutkan sangat nafsu tu.. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua milik aku tau.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap dlm ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]

Jalak Tua: Yes...Plan aku berjaya lagi...hahaha

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Kenapa la setiap kali aku beli dapat jenis yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"


NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Monday, October 31, 2011

Sambungan lagi

Ramli hanya memerhatikan sahabatnya itu menuju ke bilik air. Dicapainya telefon nokia 1202 yang dibelinya dengan harga RM99 ringgit. Dah lama rasanya dia ingin menukar kepada handphone yang lagi canggih, namun niatnya itu seringkali terpaksa dibatalkan. Kadang-kadang iri hati juga melihat Nasrul dengan I-phone yang baru dibeli sahabatnya itu. Seringkali dia diketawakan Nasrul bila membicarakan tentang telefon bimbit.

Bagi Ramli, biarlah dia dengan handphone lamanya. Tak perlu dia charge telefon setiap hari. Walaupun seminggu bateri telefonnya masih lagi dapat bertahan. lagipun, baginya selagi boleh digunakan untuk telefon dan mesej, cukuplah.

Dicari-cari nombor telefon orang yang paling dicintainya..Akhirnya dia terjumpa MY LOVE..segeranya didail

Assalamualikum mak"Ramli memberi salam hormat.
Waalaikumussalam Li, Li sihat kerr"Ibunya membalas
Li sihat, Mak sihat?" Ramli bertanya lagi
Alhamdulillah Li..mak sihat. Cuma ayah kau tu la batuk-batuk sket.maklumla sekarang ni kan musim banjir. Mak dah pesan tak payahla pegi menjaring ikan tu, tapi degil.nak jugak pergi. Katannya nak buat pekasam untuk kau bile balik raya nanti" Mak Jah berceloteh panjang

Rindu benar dia pada anak sulungnya itu. Sudah lama Ramli tidak menelefon rumah, sesekali dia menelefon, Mak jah pasti banyak cerita yang ingin diceritakan.
"Li, adik kau si Zahar terpaksa naik bot Li ambik UPSR tahun ni."
La yeke mak??teruk sangat ker banjirnya?" Ramli bertanya inginkan kepastian

Teruk LI. Paling besar dalam sejarah. Mak sekarang ni pun dot berteduh umah Mak muda kau ni. Rumah kita tinggal bumbung jer li. Kalau hujan sehari dua lagi, nampaknya tenggelam terus la LI. Habesla semua tilam yang ayak kau gantung dekat syiling."cerita Mak jah lagi.

Sabarla mak..nak buat macam mana dugaan Allah. Nanti Li kaya kita beli tanah lot lain. Kita buat rumah kawasan tak banjir plak" Ramli berseloroh

Cari untuk diri kau sendiri dulu LI. Mak ni dah tak apa, dah tua dah. Cuma mak tak nak la anak mak lagi susah pada mak sekarang. sekurang-kurangnya lebih dari mak. Sekarang ni pun mak dah bersyukur. Banjir tiap2 tahun pun takpe, kita masih lagi ada rumah ditanah sendiri" mak jah menyambung

Yeala mak..kredit Li dah nak abes ni, Li topun rm 5 jer ni. dah bunyi amaran dah ni..takpela.nanti Li telefon lagi. Jaga diri elok2. pesan kat Ayah dan adik-adik Li kirim salam" Sambung Ramli menamatkan talian

Yeala Li..jaga diri kau tu elok2...assalamualaikum"mak jah sempat berpesan
Waalaikumussalam......

Sambungan episod 2

Nasrul segera mengambil nasi kerabu adik Ani kesayangannya. Gelojoh sekali dia membuka bungkusan nasi tersebut.

"Perghh...sedap giler.."sengaja dikuatkan suaranya supaya dapat didengar Ramli yang masih berada di bilik air.
Nasrul bukan seorang yang mudah untuk jatuh cinta. Payah sekali dia meminati seseorang biarpun secantik mana sekalipun gadis tersebut. Biarpun berlambak gadis-gadis kilang, namun tiada seorangpun yang mampu menawan hatinya.Sebab itulah, setelah dia terpandangkan Ani dan jatuh cinta pada gadis penjual nasi kerabu itu, dia berjanji pada diri sendiri yang dia takkan melepaskan Ani pada orang lain lagi.

Memiliki tubuh yang sasa dan berwajah hero melayu, tidak hairanlah Nasrul sentiasa menjadi tumpuan ramai gadis-gadis kilang. Kulitnya yang hitam manis dengan misai yang janggut yang sentiasa dicukur rapi, menambahkan lagi ketampanan yang dimiliki. Bak kata pepatah, sekali petik, pasti sepuluh yang datang.

Jika dibandingkan dengan Ramli, bezanya seperti langit dan bumi. Ramli bertubuh gempal dan pendek. Tiada sehelai janggut dan misai yang tumbuh diwajahnya menjadikannya kelihatan seperti baby face. Namun, Allah swt mencipta manusia adil dan saksama. Padan dengan wajahnya, Ramli sentiasa dengan gelak tawanya yang tak pernah kunjung padam.Sikapnya yang sentiasa bersahaja dan berjenaka, menjadikan dia sentiasa disenangi sesiapa sahaja mahupun dikilang dan dirumah sewa.

La..tak abes lagi makan nasi?"Ramli menegur slumber setelah keluar dari bilik air

Biasala Li.Kenala ikut sunnah nabi.Kunyah 50 kali dulu baru telan. Lagipun, rugi tau makan cepat2 nasi Adik Ani ni.Aku nak menikmati setiap butir rasanya"Nasrul membalas panjang lebar

Ikut sunah pun sunah jugak Nas.tu sunat jerr. Maghrib kau dah sembahyang?"Ramli memerli setelah melihatkan sahabatnya itu dari petang tadi lagi hanya memakai boxer yang sama sahaja di rumah.

Yeala. yeala..aku dot tunggu hang selesai mandi la ni.."

Sunday, October 30, 2011

Episod 2

Hujan masih lagi lebat. Nasrul keresahan menanti kemunculan sahabatnya Ramli. Bukan kerana risau apa-apa terjadi pada Ramli, cuma perutnya sudah mula memulas meminta makanan.

Dari petang tadi lagi Ramli keluar untuk membeli topup dan makan malam, namun sampai lepas maghrib, belum lagi bayang-bayang Ramli muncul.3 orang lagi teman serumahnya memang tidak akan pulang malam itu kerana bekerja shift malam. Hanya dia dan Ramli sahaja bekerja satu shift. Bosan menunggu, Nasrul menekan remote televisyen 21 inci kepunyaan Ramli. Tv itu dibeli dengan gaji bulan pertama Ramli bekerja., manakala, Nasrul pula membeli mesin basuh. Nak beli sekaligus tidak mampu, terpaksala berkongsi. sekurang-kurangnya mereka dapat menggunakan kemudahan asas masing-masing.

"Layan doremon pun doremonla" bisik Nasrul
"Assalamualaikum" kedengaran suara Ramli dari luar rumah.

"Waalaikumussalam..Ha balik pun kau li, perut aku ni dah lapar giler dah ni"Nasrul merungut

"Hujan lebat gile Nas. Aku singgah bawah jambatan tadi. Memang tak nampak langsung jalan. Kalau aku teruskan, entah-entah arwah dah aku Nas"Ramli berseloroh

"Hish, tak baik Li cakap macam tu.Kata-kata tu doa tau" Nasrul cuba berceramah
Aku gurau jerla.Kau ni asyik serius jerla..cite apa ko tengok ni?Doremon?"Ramli cuba mengalih topik perbualan.

Dah takde citer lain dah nk tengok Li.Layan ajerla. Tula, aku suruh hang pasang astro hang tak nak"Nasrul membalas

Ala, Astro time hujan macam ni, bukan boleh tengok pun, lagipun asyik dot ulang citer sama jer Nas" Nas cuba mempertahankan tindakannya supaya Nasrul tidak melanggan astro bulan lepas. Baginya, Astro hanya satu kehendak bukan keperluan untuk mereka sekarang.Lainlah kalau diorang dah berjaya fikirnya..

Nas, aku dah beli Nasi kerabu adik ani yang kau kirim tu..Dia pun kirim salam balik dekat hang. Dia kata lagi, tahun depan, hang dah tak boleh makan nasi kerabu dia lagi" Ramli berceloteh

Apasal plak Li, kau tak tanya ker kenapa?"Nasrul cemas
Dah, dia bagi tau aku yang dia tak mau berniaga dah lepas tahun depan sebab dia nak kahwin dengan aku.."Ramli mengakhiri cerita rekaannya dengan hilaian ketawa.
Kau ni jangan kacau daun taw..adik ani tu aku yang punya" Nasrul menambah dengan yakin
Heloooo...cari duit dulu.jangan asyik yakin jer.xde duit macam mana kau nak pinang si ani tu?? Kau jangan risau la nas.Adik ani tu bukan taste akula.." balas ramli sambil mencapai tuala dan bersegera ke bilik air..Entah benar atau tidak hanya Ramli sahaja yang tahu. Memang dia juga mempunyai perasaan terhadap aNI.Gadis penjual Nasi yang baginya cukup manis menawan. Setiap kali dia singgah membeli nasi, senyuman Ani tak pernah lekang dari bibir. Ingin diluahkan segalanya, namun terpaksa dipendam.Apatah lagi, Ani memang idaman hati sahabst karibnya. Tak sanggup rasanya melukakan hati kawannya yang seorang itu....

Saturday, October 29, 2011

Novel Ntah apa2 ntah....episod satu

Hujan lebat giler. Dah seminggu hujan lebat begini. Nasrul hanya memandang malas dari tingkat 4 flat bujang yang disewanya bersama rakan-rakan yang lain. Matanya tertumpu kepada motor kriss yang baru sahaja dibelinya bulan lepas secara ansuran dari kedai motor Hong Lee di Seksyen 18.Basah lencun habis motor kesayangannya. Maklumla, sekadar menyewa di rumah flat yang tidak menyediakan kemudahan parking berbumbung, motor barunya itu terpaksa dibiarkan tanpa berteduh meskipun panas ataupun hujan.

Dahla tu..motor aku pun baru beli gak, takdela aku nak risau macam kau ni" sindir Ramli yang dari tadi memerhatikan Nasrul.

Aku bukan fikir pasal motor la" balas Nasrul sambil memandang kearah Ramli

Abes, dari sejam lepas, aku dot tengok hang asyik dot pandang motor jer. Kalau susah sangat, nanti kita angkut motor hang tu naik tingkat 4"balas Ramli lagi diselang seli dengan hilaian ketawa.

Ramli kawan karib Nasrul. Pertama kali Nasrul menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur bersama Ramli.Mereka berasal dari kampung yang sama di pantai timur. Selesai sahaja tamat SPM, Ramli mengajak Nasrul untuk mencuba nasib di ibukota.Entah kenapa, kerana banyak bergaul dengan rakan sekerja dari utara, dialeknya juga ditiru Ramli.
Aku bukannya apa Li, aku dot pk apala yang akan jadi dengan nasib kita ni.Setakat jadi operator kilang ni, apala sangat. Nak hantar duit balik kampung pun tak mampu" Nasrul cuba meluahkan apa yang terbuku difikirannya.

Ala.. Jangan difikirkan sangat Nas. Memangla sekarang kita tak mampu. Manaa tau, setahun dua lagi..Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita ni...manala tahu..hang cubala pergi ujibakat akedemi fantasia ker..kut-kut dapat jadi artis" balas ramli ketawa lagi..

Kau ni memang..aku nak serius sket pun tak boleh. Ni dah 4 hari hujan ni.Entah-entah dah banjir kut kat kampung kita Nas. Kau takde telefon mak kau kat kampung ker Nas?" Ramli meminta kepastian.Ramli masih teringat, tiap-tiap kali banjir, tiap-tiap tulah mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah Mak Muda yang terletak diatas bukit bersebelahan. Dia dan ayah terpaksa mengangkut peti ais dan tv ke rumah mak muda buat sementara waktu. Hari-hari pertama banjir memang memenatkan. tapi selain dari itu banyak juga pengalaman yang menyeronokkan seperti bermain air banjir, memasang pukat dan mendapat banyak ikan dan minum air kopi sambil memerhatikan rumahnya yang semakin tenggelam...

Takkk..tapi aku tengok TV semalam, kelantan dan terengganu dah mula banjir. Rumah aku tak pernah sampi air.Rumah kau la Li..Entah2 dah mula tenggelam Li" Nasrul cuba bergurau

Mendengar usikan temannya, Ramli terusik.
Nas aku nak keluar jap beli topup. Kredit dah abesla. Kau nak kirimkan apa2 ker? tanya Ramli

Ha elokla tu, hujan2 ni pun nak keluar. Kalau demam sape susah????aku jugak yang susah jaga kau nanti.."Nasrul mengomel

Tapi ok gak, aku nak tapau nasi kerabu Adik Ani yea. Bagi taw dia aku kem salam sekali.Abang tak boleh keluar rumah hujan2 ni.." sempat Nasrul menambah
Yeala-yaela..tupun kalu dia berniaga petang ni..ni kan hujan...."Balas ramli sambil mula beransur2 hilang menuruni flat.

Bersambung........

Friday, October 28, 2011

bersyukurlah....


Pernah ker kita sampai sesusah spt dalam gambar ini?????syukurlah dan berterima kasihlah pada Allah....

Baca byk kali br insap sket:baju sekolah

BERKONGSI BAJU SEKOLAH ….

Kisahnya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.


“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”


Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”


” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”


Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:
 Solat sunat
 Puasa sunat
 Berzikir
 Bersedekah
 Mengusap rambut anak yatim
 Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
 Membantu orang susah

Nenek ohh nenek

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,


“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.


Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”

zaman sekarang

Seorang lelaki membawa kekasihnya pergi berjalan-jalan jauh dari bandar dan tiba-tiba lelaki itu memberhentikan kereta nya disuatu tempat yang sunyi...


Lelaki itu memandang kekasihnya dengan pandangan yang mengoda...Tiba-tiba kekasihnya bersuara. Sayang, sebenarnya I sepatutnya bagitau u awal2..I sebenarnya pelacur..so kalau u nak...u kene bayar..sekali RM50..


Lelaki itu merenung kekasih nya yang seksi itu..lalu tanpa bicara menghulurkan RM50 kepada kekasihnya itu..Lalu mereka pun melakukannya...


Setelah selesai...Lelaki tersebut hanya menghisap rokok dan merenung ke luar tingkap kereta..Setelah beberapa ketika..Kekasihnya bersuara Sayang...takkan kita nak lepak sini je..jom la kita balik ke bandar....Lalu lelaki itu pun menjawab..Sebenarnya dah lama I nak gtau u awal2 yang I ni driver teksi...kalau u nak balik..u kena bayar i RM60...

Sunday, October 09, 2011

Mat rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.


Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.


Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.


Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Saturday, October 08, 2011

Cerita Bas

Pengalaman Pertama:


Pada suatu hari pernah aku melihat seorang perempuan susah sungguh nak naik tangga bas, pasal skirt dia ketat sangat, aku beratur kat belakang dia.

Sekali dia cuba angkat kaki nak pijak tangga pertama bas, bila tak boleh dia akan longgarkan zip skirtnye yang terletak kat belakang. Sekali lagi cuba tak boleh, dia bukak lagi sedikit zip skirt kat belakang, bila aku dah tengok tiga empat kali dia gagal nak pijak tangga pertama bas tu, masih tak boleh kerana skirt dia ketat sangat, aku pun cuba tolong angkat dia terus ketangga pertama.

Tapi malang dia pusing kebelakang dan terus lempang aku, dia kata aku gatal kerana pegang pinggangnye. Dia tanya kenapa berani pengang pinggang dia dan angkat dia, sedangkan dia tak kenal aku.

Aku pun jawab "Mula2 saya pun rase tak kenal, tapi cik ni dah tiga kali bukak zip seluar saya, dah nak terkeluar awang kat dalam tuh" Cepat2 dia mintak maaf kat aku.


Pengalaman Kedua


Seorang pakcik tengak duduk dalam bas, waktu tu dalam bas dah penuh sesak, ramai yang tak dapat duduk, sampai satu tempat ada sorang amoi naik bas, pakai sikit punya seksi, dan dia pulak

diri sebelah pakcik tu, aku tengok pakcik tu tak selesa, tak tau pasal apa, lepas tu aku dengar dia berzikir, kuat gek, sampai

aku pun boleh dengar, "Aztagafirullah" banyak kali dan cuba elakkan tengok si amoi yang seksi dan menggiurkan tu, ape taknye, skirt dia aje punye pendek dah nak nampak seluar dalam, pening pakcik tu, Tiba2 bas membelok, dan amoi tu secara tak sengaja terjatuh kat riba pakcik tu.....pakcik tu tengah baca "Aztagafirullah" kuat2 dan
laju2, tapi bila amoi tu terjatuh, terus cakap "Alhamdullihlah" ....tak gune punya pakcik.....


Pengalaman Ketiga


Aku pernah tengok sorang tua, masa nak turun bas dia berdiri aje kat tangga bas, tak turun2, bila dah lama sangat, driver tu tanya napa pakcik tak turun lagi, kami nak jalan nih. Pakcik tu jawap

"masa naik tadi pakcik tinggalkan selipar kat luar, tapi dah tak der sekarang, ramai betul pencuri selipar sekarang..

hahahahahahahahahaha....sekadar lawak....

Tuesday, October 04, 2011

Awie yang insaf



Awie seorang penyangak terkenal di Kuala Lumpur.Pada suatu hari, dia mengambil keputusan untuk bersara dan ingin bertaubat. Awie pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.


Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Awie. Awie tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Awie menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu .Sampai RM200 pakcik tu sedekah"fikir Awie di dalam hati.

Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Awie kembali menepuk bahunya dan Awie mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik,duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


hahahaha...moral of the story: Kira sedekah jerla awie..kan dah insaff..

Friday, September 30, 2011

Slumber jerrrrr....

Aku konfius cerita ni lawak ke cerita dakwah. Sebenarnya citer ni aku cilok dari blog indon and aku garap balik..Takpela..korang layan ajelaaaa

Seorang lelaki dengan muka yang teramat kecewa masuk ke sebuah bar di Sunway. Setelah hampir satu jam, dia cuma cuma memandang sahaja arak yang tersedia di dalam gelas di depannya. Seorang pelayan bar yang sudah biasa minum arak dan dari awal lagi memerhatikannya datang terus meneguk arak lelaki tadi dengan slumbernya…

Si lelaki it terus menangis..
“Ala kau ni, asyik menangis jerrr. Aku Cuma bergurau saja. Nanti aku belikan kamu arak baru yang lagiiiiiii sedap”

“Aku bukan menangis kerana arak tuuuuu….”

“Habes…”

“Ko frust dengan awek???Ape celopppp….Ni aku belanja ko arak yang paling power sekali yang boleh hilangkan semua masalah dunia ni….”


Aku ni menangis bersyukur..sebab Tuhan masih sayangkan aku…


Hari ini adalah hari yang terburuk dalam hidup aku. Pagi-pagi lagi aku ke pejabat, bos aku marah lalu memecat aku on the spot.

Ketika aku nak balik, kereta aku pulak dicuri orang. Aku terus naik teksi, tapi malangnya dompet dan iphone yang aku baru beli tertinggal plak..

Sampai saja kat rumah, aku tengok jiran aku si Linggam pulak atas katil dengan bini aku.

Dan, aku ingat, aku nak bunuh diri dah..Aku kuar rumah lepas tu datang sini untuk bunuh diri, tapi mujur kau datang menyelamatkan aku.
“Hah?” pelayan bar terpinga-pinga.

Kau minum racun yang aku nak guna untuk bunuh diri tadi….

Sebelum sempat membalas, pelayan bar tu trus berbuih mulut dan mati terus ditempat kejadian…hahahaha


Moral of the story: Jgn minum minuman orang yang kita tak kenal
Minum arak tu haram, bunuh diri pown haram..jangan sesekali dibuat yeaaaaa

Joyah oh joyah.....

Alkisah 3 orang gadis Erra(yang cantik) Abby (yang putih) dan Joyah (yang hitam) bersahabat baik dari kecil menaiki pesawat terbang dari Perak ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Ini adalah pertama kali mereka menaiki kapal terbang dan semuanya dalam keadaan yang nervous dan gementar


Tiba-tiba ditengah perjalanan pesawat bergegar akibat cuaca buruk dan solah-olah akan terhempas.


Melihatkan keadaan yang demikian, Si Erra terus mengambil bedak dan gincu dan berdandan dengan asyiknya. Abby yang terasa pelik melihat perlakuan temannya terus bertanya
Kenapa kau bersolek Erra? Dah tak boleh tunggu sampai KL kerr???

Aku ni tak bodoh macam korang, Kalau Kapal terbang ni jatuh, mestilah orang pertama yang ditolong adalah orang yang paling cantik..betul kan?

Abby yang turut panik melihat perlakuan Erra terus mengoyakkan skirtnya hingga ke paras peha. (ala2 iklan veet yang cukur bulu betis tu)


Aik!!!!! ko ni kenapa plak koyak skirt sampai seksi mengalahkan Anita serawak ni????

Aku ni tak la bodoh macam kau Erra. Kalau pesawat ni terhempas, mestilah yang pertama ditolong adalah orang yang betisnya putih-putih macam aku….hahahaha

Tak tahan mendengar perbualan Erra dan Abby, si Joyak terus menanggalkan pakaian sehingga telajang bulat…semuanya nampak hitam melegam…..


Astagfirullahhhhh…Joyah..ko ni kenapa plak???? Abby dan Erra membalas dengan terkejut.

Sebenarnya, korang berdua yang bodoh. Muka saja cantik, tapi otak Zero. Korang tak baca Majalah ker??? Kalau kapal terbang terhempas, mula-mula sekali diorang akan cari KOTAK HITAM…
taraaaaaaaaaaaaaa

Moral of the Story: Kesian Joyah, dahla hitam, bodoh plak tue..hihihihihihi…..Tak kutuk orang yang hitam yea..Cuma jenaka.no hard feeling K

Haji Bakhil, isteri dan penjual satey....

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang haji yang kedekut taik hidung masin.
Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.



"Ayang tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...
"Ayang ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang Abang!"

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan
melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,


"Mana ayang dapat wang untuk beli semua ni?"

Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.
Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..

"Abang lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...
"Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

Moral of the story: Jangan kedekut sangat wei..Takkan dengan bini sendiri pown nak berkira. Sape yang rugi????????hahahahahaha

Monday, September 26, 2011

Sunday, September 25, 2011

Dari Kuala Krai ke Pekan Kuah...

Aku ni tak pernah ke Langkawi. Apatah lagi mak aku kat kampung tu. Setakat tengok dalam TV jer selama ni. Arap nak gi melancong, xpernah jadi.Kalau sampai Perlis sekalipown, ader jer keje jer kena balik cepat.
(baru 2 kali sampai perlis..hahahaha)

Tapi kali ni aku tak kiraa..Aku nk pergi jugak.Alang2 adik aku konvo dekat UNIMAP, bolehlah aku pergi sekali ke langkawi.Kali ni bukan aku sorang.Abes satu family aku nak angkut.
Ramai kan....ni blom suma ikot lagi niiiii...

Nanti kalau org kampung tanya, best tak ke langkawi???...so aku dah boleh jawab dengan yakin...cececece(mcm best sangat.hahahaha)

Selesai jer adik aku konvo, kitorang trus gerak ke Jeti Kuala Perlis. Anak sedara aku yang kecik-kecik seramai 9 orang semuanya excited. Diorang tak penah nak dot diam. Penat mata dan mulut aku dot kontrol diorang.
Gambar mak deen jer sempat amik, anak sedara yang lain, entah kemana menjalar diatas feri..

Pak Teh, bila nak bertolak ni??, Pak Teh,Kita naik feri mana??, Pak Teh nak gi toilet....
anak-anak sedara. Ni dah sampai hotel.mengamuk nak mandi kolam...hahaha

aaaaaaa, pening aku dengan korang suma ni...dot diam boleh tak????huhuhuhu...

Apepown, kitorang dapat gak naik feri kul 6 petang.Naik jer atas feri, suma nak dot tepi tingkap..Haru biru kami atas feri..
Musti orang Langkawi pk, jakun betol diorang ni..hahahaa..lantakla,mmg betol pon first time..

Nasib baikla atas feri diorang pasang cerita Hantu bonceng, so, secara automatik, anak2 sedara aku tu jadi undercontrol balik. Bolehla aku berehat sket...



Sampai dekat Jeti dekat Pekan Kuah lebih kurang pukul 7 malam. Masa tu, kami dah siap tempah 2 bijik van dari ulat yang kami jumpa dekat Jeti dan kami ke Kondo Istana (area2 situ jerr)

Pesanan aku untuk sesiapa yang ingin ke Langkawi, toksahla booking pakai online..MAHAL...Aku dah terkena.Jgn bimbang soal kereta dan penginapan, bila sampai kat Jeti, bincang jer dengan ulat2 kat sana, dapat murah sekali ganda...


Aku aritupon terpaksa batalkan balik booking(even baru byr 50hengget jerrr)sebab dapat tawaran yang lagi menarik dari ulat kat Jeti.
Sebenarnya segan nak bagitw nak batalkan. Terpaksala tipu, tak jadi ke langkawi kess ada emergency...

Sekali kantoi...Aku tersilap hantar mesej plak, ingat nk hantar dekat ulat, terhantar dekat tempat booking first..Banyakla mesej xpuas ati dari die..hehehehe sabauuuu ajelaaaa

Sampai Langkawi, kitorang pown jalan2 la pusing..Ingat best sangat Langkawi ni, rupa2nya biasa ajer..(mungkin sebab poket kami agak kering, semua benda kena bayar huhuhuhu)...Tambang feri dah berapa,tambang nak naik kereta kabel dah berapa. Terpaksa cancelkan untuk ke underwater world dan Pulau payar, kes mahal nak mampus...

Tp alang2 ke langkawi, kami naik jugakla kereta kabel sebagai kenang-kenangan.Orang kata tak sah ke Langkawi kalu tak naik kereta kabel ni.
Mak aku ni gayat. Beratus2 kali dio dot istigfar sebelum sampai puncak.Pucat lesi wajah die..(biaq dia tau..mungkin selama ni, dia rasa gunung Tok pendekar belakang rumah jer yang paling tinggi..hhuhuuhuhu...

Tinggi betolllll
Sejuknyaaaaaa
with my lovely wife
with my lovely cik zizah
keluarga ku hidupkuuuuu

ni dekat pantai awam..suka budak2 ni jumpa air...







Satu jer yang aku benci dekat kereta kabel. Orang yang jual tiket.Masam dan sombong nak mampus. Macamla aku ni nak mintak tiket free. Macam manala tempat pelancongan mcm ni boleh amik die kerja.Dari aku jalan ke kaunter sampaila aku bg IC dan duit untuk byr, still tak senyum2..trus la aku sound

"Kalau muka nak masam2, xpayah jadi receptionist.Kerja mop lantai jer"

Aku trus blah...tak twla die terasa ke tak..abes tu..dah ko tu sombong sangat.ape celoppppp.....

Lepas tu, kami mandi jap kat pantai awam,gerak ke beras terbakar, pastu, kilang ubat gamat, pastu shopping coklat (tulis pendek sebab tak best pon jalan2 kat sini)hehehehe


Lepas puas berjalan2, kami pown berkemas2 la ke Jeti, nak naik bot pukul 6..Pukul 545 dah sampai ni.Semua dah semangat nak balik. Beg dah penuh denang coklat.Maklumla langkawi kan murahhhhhh

Sekali feri delay plak sehingga ke pukul 7.tersadaila kami kat jeti tu tunggu.Nk gi jalan, kereta sewa dah hantar...busan tullll


Itulah cerita Keluarga cik Zizah ke Langkawi.Insyallah, ader rezeki, kita ke Bandung plak yea.....