Aku ni tak pernah ke Langkawi. Apatah lagi mak aku kat kampung tu. Setakat tengok dalam TV jer selama ni. Arap nak gi melancong, xpernah jadi.Kalau sampai Perlis sekalipown, ader jer keje jer kena balik cepat.
(baru 2 kali sampai perlis..hahahaha)
Tapi kali ni aku tak kiraa..Aku nk pergi jugak.Alang2 adik aku konvo dekat UNIMAP, bolehlah aku pergi sekali ke langkawi.Kali ni bukan aku sorang.Abes satu family aku nak angkut.
Ramai kan....ni blom suma ikot lagi niiiii...
Nanti kalau org kampung tanya, best tak ke langkawi???...so aku dah boleh jawab dengan yakin...cececece(mcm best sangat.hahahaha)
Selesai jer adik aku konvo, kitorang trus gerak ke Jeti Kuala Perlis. Anak sedara aku yang kecik-kecik seramai 9 orang semuanya excited. Diorang tak penah nak dot diam. Penat mata dan mulut aku dot kontrol diorang.
Gambar mak deen jer sempat amik, anak sedara yang lain, entah kemana menjalar diatas feri..
Pak Teh, bila nak bertolak ni??, Pak Teh,Kita naik feri mana??, Pak Teh nak gi toilet....
anak-anak sedara. Ni dah sampai hotel.mengamuk nak mandi kolam...hahaha
aaaaaaa, pening aku dengan korang suma ni...dot diam boleh tak????huhuhuhu...
Apepown, kitorang dapat gak naik feri kul 6 petang.Naik jer atas feri, suma nak dot tepi tingkap..Haru biru kami atas feri..
Musti orang Langkawi pk, jakun betol diorang ni..hahahaa..lantakla,mmg betol pon first time..
Nasib baikla atas feri diorang pasang cerita Hantu bonceng, so, secara automatik, anak2 sedara aku tu jadi undercontrol balik. Bolehla aku berehat sket...
Sampai dekat Jeti dekat Pekan Kuah lebih kurang pukul 7 malam. Masa tu, kami dah siap tempah 2 bijik van dari ulat yang kami jumpa dekat Jeti dan kami ke Kondo Istana (area2 situ jerr)
Pesanan aku untuk sesiapa yang ingin ke Langkawi, toksahla booking pakai online..MAHAL...Aku dah terkena.Jgn bimbang soal kereta dan penginapan, bila sampai kat Jeti, bincang jer dengan ulat2 kat sana, dapat murah sekali ganda...
Aku aritupon terpaksa batalkan balik booking(even baru byr 50hengget jerrr)sebab dapat tawaran yang lagi menarik dari ulat kat Jeti.
Sebenarnya segan nak bagitw nak batalkan. Terpaksala tipu, tak jadi ke langkawi kess ada emergency...
Sekali kantoi...Aku tersilap hantar mesej plak, ingat nk hantar dekat ulat, terhantar dekat tempat booking first..Banyakla mesej xpuas ati dari die..hehehehe sabauuuu ajelaaaa
Sampai Langkawi, kitorang pown jalan2 la pusing..Ingat best sangat Langkawi ni, rupa2nya biasa ajer..(mungkin sebab poket kami agak kering, semua benda kena bayar huhuhuhu)...Tambang feri dah berapa,tambang nak naik kereta kabel dah berapa. Terpaksa cancelkan untuk ke underwater world dan Pulau payar, kes mahal nak mampus...
Tp alang2 ke langkawi, kami naik jugakla kereta kabel sebagai kenang-kenangan.Orang kata tak sah ke Langkawi kalu tak naik kereta kabel ni.
Mak aku ni gayat. Beratus2 kali dio dot istigfar sebelum sampai puncak.Pucat lesi wajah die..(biaq dia tau..mungkin selama ni, dia rasa gunung Tok pendekar belakang rumah jer yang paling tinggi..hhuhuuhuhu...
Tinggi betolllll
Sejuknyaaaaaa
with my lovely wife
with my lovely cik zizah
keluarga ku hidupkuuuuu
ni dekat pantai awam..suka budak2 ni jumpa air...
Satu jer yang aku benci dekat kereta kabel. Orang yang jual tiket.Masam dan sombong nak mampus. Macamla aku ni nak mintak tiket free. Macam manala tempat pelancongan mcm ni boleh amik die kerja.Dari aku jalan ke kaunter sampaila aku bg IC dan duit untuk byr, still tak senyum2..trus la aku sound
"Kalau muka nak masam2, xpayah jadi receptionist.Kerja mop lantai jer"
Aku trus blah...tak twla die terasa ke tak..abes tu..dah ko tu sombong sangat.ape celoppppp.....
Lepas tu, kami mandi jap kat pantai awam,gerak ke beras terbakar, pastu, kilang ubat gamat, pastu shopping coklat (tulis pendek sebab tak best pon jalan2 kat sini)hehehehe
Lepas puas berjalan2, kami pown berkemas2 la ke Jeti, nak naik bot pukul 6..Pukul 545 dah sampai ni.Semua dah semangat nak balik. Beg dah penuh denang coklat.Maklumla langkawi kan murahhhhhh
Sekali feri delay plak sehingga ke pukul 7.tersadaila kami kat jeti tu tunggu.Nk gi jalan, kereta sewa dah hantar...busan tullll
Itulah cerita Keluarga cik Zizah ke Langkawi.Insyallah, ader rezeki, kita ke Bandung plak yea.....
No comments:
Post a Comment