Nabil, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Nabil lantas memanjat satu tiang lampu yang tinggi.
Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan turun, Nabil tidak mahu turun.
Datang pula pengarah hospital, "Bil!! Turun Bil, nanti jatuh", katanya. Nabil tidak mahu turun juga.
Dipanggilnya pihak bomba, "Bil! Turun Bil, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu- acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu. Namun Nabil tidak bergerak pun untuk turun.
Dipanggilnya pihak polis, "Bil turun Nabil!" teriak seorang sarjan polis, "kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!! Turun Nabil!." Nabil tidak turun-turun juga.
Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Zizan, seorang teman Nabil dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Ziazan! Harap-harap Zizan boleh tolong turunkan Nabil dari atas tiang lampu. Tolonglah Zizan ya!"
Jawab Zizan "Ohhh!!! Itu senang saja" Lalu Zizan dibawa kepada tiang lampu itu.
Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Zizan!, Zizan nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu."
"Ahh! Saya nak gergaji!"
"Baiklah! Ambillah gergaji itu."
Lalu Zizan mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Zizan pun berteriak, "Hoi Nabil!!! Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!! Hang turun lekas!!"
Mendengarkan amaran itu Nabil yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital .
Pemberita pun datang menemubual Nabil. "Kenapa Nabil turun bila Zizan datang sedangkan bomba dan polis datang Nabil tak turun?"
Jawab Nabil; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat! Tapi Zizan ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Zizan tu tue GILA!"..Lu PK la sendiri…..hahahahaha
Takut mati gak Si Nabil ni walaupun gilerr.hehehehehe….
No comments:
Post a Comment