Tuesday, September 06, 2011

Korang rase best ker tak raya kalau umah korang xde air????

Aku pon xtau nk klasifikasikan raya tahun ni best ker tak....tp overall, bolelaaaaa.

Sepatutnya, raya tahun ni memang best, sebab ni first time aku beraya bersama isteri tercinta.Tambahan plak bini aku ni duduk sekampung dengan aku.So sepatutnya xde masalah la berkenaan berbalah nak beraya di kampung siapa.(siapa kate takde masalah...huhuhuhu)


Cuma ape yang tak best adalah ble kes air plak problem.
Kat kampung aku ni pakai gravity fed system AKA air yang ditandak dari hulu sungai...Bukan macam korang kat bandar tu, semua air dari kerajaan..SYABAS la, PUAS la, kelantan water la dan lain2.Bil plak murah jer.Bayar rm6 sebulan.Pakai la sebanyak mana yang korang nak..xperlu bayar lebih..hahahaha.




Masalahnya dengan sistem ni, setiap kali hujannn mesti rosak...Tercabutla, tersumbatla, paip pecahla dan macam2 lagi la masalahnya.
dannnnnnnnnnn......
klu rosak, orang2 kampong sendiri yang kena berpakat2 baiki.Xbleh main kol buat aduan jer..sapa nak layan.Lgpon xde talian bebas tol nk buat laporan.

Apa nak buat...

Masa first day balik kampong aritu, air ada..2 hari sebelum raya mewah giler air. Siap kena paksa mak aku mandi air yang sejuk macam ais tu pagi2 lagi..Tp tu masa air banyak larrr...ble air takde, mak aku larang abes-abesan cucu2 die mandi, nanti membazir plak air tu katenya..huhuhuhu

Sebenarnya masalah ini disebabkan oleh hujan lebat dibahagian hulu yang menyebabkan banjir kilat. Tambahan plak, projek ladang rakyat yang beratus hektar turut memusnahkan kawasan tadahan air sepatutnya..Pasukan pemantau yang dihantar penghulu ke hulu sungai(20 orang geng2 org kampung menaiki satu HILUX) yang pergi melihat punca terputus bekalan air menklasifikasikan masalah kali ini dalam kategori SANGAT SERIUS.




Aku juga termasuk dalam geng2 pemantau ni. Masa tu ayah aku sibuk nak pergi bandar beli barang nak raya.So die wakilkan aku jerla yang ikot geng pemantau ni..Punyalah penat nak sampai dekat punca air. Setengah jam naik HILUX, setengah jam jalan kaki...barula sampai kt sana

Hampir 90% sistem lumpuh.Dengan paip galvani yang tertimbus hampir 5 meter dalam tanah.Dengan batang2 kayu balak yang berterabur disepanjang laluan paip. Hasil mesyuarat mengistiharkan kemungkinan bekalan air hanya dapat dipulihkan dalam masa sebulan.....darurat la raya taun ni.

Aku bukannya aper biler takde air time raya. Time "rehat" aku yang sepatutnya selalu jer terganggu..Baru jer nak baring, mak aku ajak pergi basuh baju kat sungai. Nak makan pown kena pakai pinggan kertas jer.Kalau minum, gelas kena recycle balik adik berdik, lepas kakak guna gelas, abang pulak pakai..huhuhuhuhu


TAPI..yang aku paling risau sekali adalah time nak "melabur". Korang paham2 sendirila..Sekarang kan bulan raya. Pegi umah kawan ni ajak makan, pegi umah kawan satu lagi pon ajak makan. Tolak kang,,terasa ati pulak diorang..dahla jumpa sekali setahun jerr..



Aiii...xtaula..tapi dalam susah2 tu best gak, sebab sepanjang balik kampung, aku mandi kat sungai.Teringat zaman kanak2 dulu..Nanti aku upload gambar2 kemudian sebab aku guna iphone abg aku.Nk harapkan handphone aku???ambil gambar pon tak leh..

Apepun pengajaran dari cerita ini..hargailah air untuk kehidupan.Selalu jer dengar ayat2 ni dari mulut orang kampung sewaktu raya

"TAKDE ELEKTRIK TAKPA, BOLEH GUNA LILIN, TP KALU XDE AIR AII SUSAHNYERRR"

1 comment:

frhsnc said...

ini entry menarik!!put more like this! true story, ur way..awesome..

memang btul, takde elektrik ok lagi (walaupun tension giler sbnarnya), tapi takde air lagi parah..oleh itu, hrgailah air!!

-pesanan penaja-