Monday, August 15, 2011

Perjalanan ke opis yang me'nention'kan

Cerita ni start semalam lagi. Abg aku call aku dalam pukul 1130 malam mintak tolong hantar dia balik rumah.Motor dia pancit. Abang aku ni technition dekat NSTP. Rumah dia plak dekat Jinjang.dekat2 area Kepong. Jauh gilerr.

Sayang abang punya pasal, aku amik kunci kereta terus pergi amik dia. Lepas hantar rumah dia, ingat nak balik terus, tapi teringat pulak nak main-main dengan Mat Deen (anak abg aku yang kuat melalak). So aku singgah la jap..Masuk umah die, tgk Mat Deen dah tido nyenyak dah(yelah, sampai rumah abang aku dah pukul 1230 pagi dah pon.dah tentu2 budak tu tido). Isyarat dari kakak ipar, jangan ganggu.Klu ganggu konform diorang suami isteri xtido malam ni.

                                                                Deen dan bapaknyerr
So aku mengambil langkah selamat untuk tidak mengganggu ketenteraman Mat Deen mlm ni.Aku start kereta dan trus blah balik rumah. Sampai-sampai dekat rumah dah pukul 130 pagi dah..Punyalah ngantuk.Letak kepala atas bantal trus tido..

Dalam kul 430 kut...(aku xsedar dah masa tu), bini aku kejut sahur..Aku buat derrrkk jer. Nak buat macam mana, mata aku ni tak boleh buka.Aku dah try dah bukak, tp still xboleh gak.So aku tarik selimut trus sambung tido..

Dalam syok2 tido, tiba2 bini aku kejut lagi

"Abang ni taknak pegi kerja ker arini?? Dah pukul 7 ni."

"Apesal awak xkejut saya awal lagi.Aiseymen..lewat dah ni"
"Tak kejut???? Masuk ni dah kali ke 150 juta kali dah saya kejut.Sabo ajelah.."respon bini aku sambil blah gi gosok baju aku nak gi keje..

Dengan tergesa-gesa, aku trus capai tuala, pegi mandi. Hari ni terpaksalah sembahyang subuh gajah.Yelah dah kul 730 baru sembahyang subuh.(cita-cita awal puasa haritu, 100% subuh kat masjid..)

Dah siap pakai,aku amik kunci keta, salam cium isteri, trus la bergerak ke tampat kerja.

Buat pengetahuan korang, aku ni bukan selalu pergi kerja awal pon. Selalu jer lewat.Walau bagaimanapun, kat opis aku dah tukar bos baru. Kalau bos dulu, dia tak heran sangat dengan kehadiran, yang penting kualiti kerja jer. Tapi yang bos sekarang ni, aku tak tau lagi. Budak2 opis kata, dia ni strict sket. So aku pon nk mengambil langkah berjaga-jaga la.

Maklumlah, aku ni belum konform keje.Senang-senang jer orang nak buang aku keje wei..Aku trus jer memecut pantas.hahahaha..

Tak sempat nak pecut lama pon.Sampai depan Pasaraya ole-ole seksyen 18, jem gila.Kereta bergerak langsung. Heran gile aku.Kalau dari ole-ole ke uptown, jem2 tu adalah perkara biasa. Tapi aku ni otw ke stesen bas seksyen 17.

What on the earth la..xpernah terjadi. Ni musti exsiden kat depan ni. Kereta aku dahla xde econ. Rosak kompressor.Nak tukar kena dalam RM400 bai...Berpeluh2 aku dalam kereta..adehhhh.
Tambahan plak,dalam jem2 tu, minyak keta aku plak dah menyala-nyala..Semalam aku dah tau, minyak keta tak isi lagi, tapi oleh kerana terlampau mengantuk semalam, aku ingat nak isi pagi jer.Kalau la keta aku ni mati, mampus aku..

Sampai jer dekat bulatan seksyen 17, aku tgk firebriged dot cuci jalan. Apa diorang buat ni??????? Nak kata padam kebakaran, dot tengah2 jalan raya.Nak kata eksiden, xde plak, xde pon keta-keta remuk.Aku heran betol.Takkan firebriged ambik alih tugas MBSA plak..

Lantakla, aku nak pegi kerja. Nampak jer stesen minyak aku trus masuk..Nak amik duit nk bayar minyak..alamakkkk....aku tertinggal beg duit plak.mcm mana ni.Adoi..Clumsy nyer aku ni..Cek punya cek, adela gak RM15 ringgit.Isila la jugak dari takde.Nanti menolak kang, masalah plak aku..


Aku rase hari ni semua berlaku dengan lembab.Orang isi minyak lembab, pakcik bawak kereta depan aku lembab, lepas lintas pak cik tue, Lori simen plak dah lembab.Traffic light toksah kata la dah mmg selalu lembab.

Dalam lembab2 tu ,sampaila jugak aku kt opis jam 830 pagi. Mujurlah dalam kelewatan itu, aku masih lagi terawal (maklumla, org2 lain dah konfom, masuk lambat pon xpe)..

Moral of the story:tido awal,boleh bgn awal, lepas tu boleh elak trafik dll lagi....

Akhirnya, aku dah tak tension sbb tgk elaun dah masuk..hehehe




4 comments:

Anonymous said...

hahaha...bese la tuh...cbaran dan dugaan....atleast dlm susah ada snang...

Izzie said...

woo..terasa org dh confirm..:D

Arbi said...

kena delete part terasa org dah confirm tu...hehehehe...

Tula shakir..alhamdulillah...hehehe

Unknown said...

BOLOQ ............